Blogger Backgrounds

trust Allah

bear


comel


Sabtu, 11 Ogos 2012

Jihad adalah sebahagian dari persiapan kita. :)


*klik gambar untuk kelihatan besar*


Assalamualaikum...

JIHAD ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERSIAPAN KITA.

Bila sampainya hari itu, dimana hanya peperangan saja yang menjadi cara untuk mempertahankan agama Islam kita, adakah kita anak-anak muda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kaum-kaum kafir yang memerangi Islam?

Semoga Allah menguatkan iman kita bila sampainya saat-saat itu. Wallahualam.


I know Allah He create me !

*klik gambar untuk kelihatan besar*

Assalamualaikum.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

[Al-Ikhlaas: 1-4]

Surah yang pendek ini mencakupi 1/3 al-Quran sepertimana terdapat dalam riwayat (hadist) yang shahih.. ia bukanlah suatu keanehan.

Rasulullah saw pernah berkata kepada para sahabat:

“Adakah kalian tidak sanggup membaca 1/3 al-Quran dalam satu malam?” lalu para sahabat bertanya: Bagaimana dapat membaca al-Quran sebanyak 1/3 al-Quran (dalam satu malam)?” lantas Rasulullah berkata: “Qulhu wallahu Ahaad” menyamai 1/3 al-Quran”

[Direkod oleh Muslim]

Walaupun surah ini mempunyai empat ayat pendek, tetapi fokusnya hanya satu.. iaitu “Allah Maha Esa”

Surah al-ikhlaas menerangkan bahawa sistem kehidupan kita adalah meng-esa-kan Allah dalam apa jua keadaan. Sama ada dalam percakapan, kehendak, tulisan, pandangan, dan sebagainya.

Allah-lah yang mengatur keseluruhan hidup kita. Sama ada senang dan susah, suka dan duka, kebahagiaan dan penderitaan.

Kita dituntut oleh Allah (selaku pencipta) untuk memohon kepadaNya dalam segenap urusan supaya merealisasikan makna kalimah tauhid.

Wallahua'lam... :)
 

Mengenai Aurat !


*klik gambar untuk nampak lebih jelas*

Assalamualaikum...

Rasanya admin dah banyak hasilkan artwork berkenaan aurat. Tak apalah, tak semua peringatan-peringatan itu mampu menggerakkan hati orang-orang yang masih belum mempunyai kesedaran untuk menutup aurat. Dakwah bukan suatu jalan yang mudah. Hmm xpe, kita pelbagaikan lagi kaedah-kaedah yang diharapkan berkesan. Semoga Allah membantu kita. Admin sayang kepada perempuan-perempuan di 
luar sana. Sebab itu, admin selalu menitik beratkan bab aurat. Lukisan yang memaparkan wanita ini bukanlah bertujuan untuk mempromosikan aurat, tapi sekadar sesuatu pelajaran buat kita. Wallahualam..

Ingatlah apabila seruan Allah sudah sampai sejak 1, 400 tahun yang lalu, ia merupakan syariat yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu, baik lelaki atau perempuan melainkan kepada yang berhak. Allah berfirman di dalam Al-Quran;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". [Surah An-Nur (24):31]

Aurat adalah maruah bagi setiap individu terutama sekali bagi kaum wanita, dimana pada tubuh wanita itu terdapatnya fitnah. Perlu dijelaskan sedikit, fitnah bukan sekadar mengata atau mereka-reka cerita palsu untuk menjatuhkan air muka orang lain, tetapi juga ia bermaksud sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan; apa-apa keburukan pun yang boleh memudaratkan. Allah Maha Mengetahui, Dia adalah pencipta manusia, malahan sekalian alam. Dia mencipta manual yang baik untuk manusia untuk diikuti iaitu Al-Quran dan secara praktikal diutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan sebagai sunnah/hadis-hadis. Setiap seruan daripada Allah itu juga mewujudkan zon keselamatan secara langsung kepada orang yang melaksanakan seruan-seruan tersebut, daripada dari segi adab dan kewajipan-kewajipan yang lain.

Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Al-Ahzab : Ayat 59]

Berkenaan dengan wanita-wanita yang sangat degil untuk menutup aurat, selalunya, ada 6 situasi di mana kita boleh menyaksikan perempuan-perempuan Melayu 'free hair' tegar atau perempuan-perempuan Melayu 'kaki malas' bertudung tiba-tiba memakai tudung mereka:

1- Menziarah jenazah atau ke kubur.
2- Bernikah di surau atau masjid.
3- Di majlis doa selamat,solat hajat atau bacaan Yassin.
4- Masa Ramadhan atau hari raya.
5- Di pejabat di mana 99% rakan mereka bertudung.
6-Dalam filem/drama memegang watak Muslimah.
(dirujuk darip page Ensiklopedia Aurat)

Kenapa syariat atau kewajipan ini dilakukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja? Hmm belum tentu kita ini beriman jika belum sampai kepada situasi yang akan menguji diri kita. Kukuhkanlah iman kita, bukan sekadar beriman pada masa-masa tertentu dan mengabaikan masa-masa senang untuk melaksanakan kewajipan..

Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Surah : AN-NISAA' Ayat : 136

Kita bimbang kalau-kalau sebelum Aurat dan tubuh kita dibungkus dengan kain putih kita belum sempat menutup aurat. Maka, wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu hari esok, amalkan sekarang juga.

"TUTUPLAH AURAT MU SEBELUM AURAT MU DITUTUPKAN"

Alhamdulillah, seperti yang kita semua ketahui, Allah itu Maha Pengampun. Dia boleh mengampunkan manusia bila-bila masa sahaja melainkan jika kita yang tidak mahu meminta keampunan daripada Allah. Mulai saat ini, marilah kita bersama-sama menutup aurat, taati seruan itu.. Sesungguhnya kewajipan itu adalah salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Alangkah beruntungnya kita, apabila Allah memfokuskan kepada manusia untuk diperbetulkan dan ditunjukkan jalan yang lurus berbanding makhluk lain seperti kayu, batu, binatang dan sebagainya. Allah mengutuskan insan yang mulia untuk kita ikuti yakni Nabi Muhammad s.a.w. dan pegangan yang agung bagi umat Islam, yakni Al-Quran.

Wallahua'lam.... ^^

"Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat."
(Maksud hadith)

Apakah kunci untuk mendapat ilmu ?


*klik gambar jika ingin nampak besar*

Assalamualaikum...

Apakah kunci untuk mendapatkan ilmu?

Imam Abdullah bin 'Alawi al Haddad pernah mengatakan :

"Bertanya itu adalah kunci yang dapat menyampaikan seseorang kepada makna-makna ilmu dan rahsia-rahsia ghaib yang ada di dalam dada dan hati. Sepertimana seseorang tidak akan dapat menjumpai barang-barang dan harta benda yang berharga di dalam rumah kecuali dengan menggunakan kunci yang diperbuat daripada besi dan kayu. Demikianlah pula seseorang tidak akan dapat sampai kepada ilmu dan pengetahuan yang ada pada ulama, tetapi dengan pertanyaan-pertanyaan yang ditujukan untuk mengambil manfaat yang disertai dengan kesungguhan, keinginan dan adab yang baik"

(Manhaj As Sawi, Syarh Usul at-Toriq as Saadah al Ba'lawi).

Muhammad bin Sirin dan Malik bin Anas mengatakan "Ilmu adalah agama maka lihatlah dengan siapa kamu sekalian menimba ilmu." - Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Linggi, Majalah Q & A, 
m/s 31, Bil 01 . 

Khamis, 9 Ogos 2012

Dia tidak cantik tapi menyenangkan :)




Aku percaya kita semua bukan mencari pasangan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul tak?

Aku pun begitu juga. Aku tak mahu yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh dia (perasan la haku). Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Aku tak suka.Bagi Aku la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, aku nak berubah.

Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhu.

Jadi, sama-samalah kita amalkan doa seperti dalam al-Quran al-Karim syorkan:


"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. " [Al-Furqan(25):74]
 Wassalam.

by : rusydee Artz . <3 

Selasa, 7 Ogos 2012

Di Bulan Ramadhan- oleh Abang Rusdee (FB)


Dari hari pertama hingga saat ini, kita masih leka. Ramadhan atau tidak, bagai tiada beza.

Nak berubah, rasa dah terlambat. Tengok orang lain dah khatam al-Quran sekali atau hampir nak khatam. Tengok orang lain bangun malam tak tinggal. Tengok orang lain terawihnya konsisten. 

Tapi kita masih sama. Buat tapi kadang-kadang, bila rajin. Kemudian dah    tengok orang lain mendahului, rasa give up.

"Ah
 biarlah. Tunggu Ramadhan tahun depanlah aku buat betul-betul. Ramadhan tahun ni biar je lah macam ni."

Jangan begitu.

Hari yang berbaki, waktu yang masih boleh diisi kita manfaatkan betul-betul. Jika kita tak dapat buat 30 hari penuh dengan amal yang berkualiti, beramallah sungguh-sungguh untuk 20 hari. Jika tak dapat 20 hari, beramallah sungguh-sungguh untuk baki 15 hari. Jika dah terlepas 15 hari, beramallah sungguh-sungguh dengan super quality, high-quality dalam 10 hari akhir yang masih berbaki.

Jangan kerana kita dah hambarkan amalan kita dari awal Ramadhan, kita nak ranapkan amalan sampai hujung Ramadhan.

Jangan begitu ya.

Sempat lagi.

Jika pesakit kanser berjuang bermatian-matian dengan radioterapi dan kemoterapi sampai akhir nyawa. Dari ada rambut sampai botak kepala. Dari boleh berjalan sehinggalah lumpuh.

Kenapa tidak kita juga berjuang habis-habisan sampai akhir Ramadhan? Kita sebenarnya 'sakit' tetapi kita enggan menjalani sesi terapi dan rawatan rapi. Nak tunggu iman kita lumpuh atau nak tunggu iman terus mati?

Jika dah mati, al-fatihah untukmu dariku.

Syabab Musafir Kasih

Isnin, 6 Ogos 2012

Jenis-jenis Kawan.




10 Jenis Kawan..


1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. ade perlu dia muncul, takde perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.

3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!

5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan sja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?

6. kawan kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.

7. kawan span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dri mulutnya.

8. kawan duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita.. so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. kawan kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.

10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak..



p/s : btw, for me.. my MOTHER ialah sahabat dan kawan terbaik saya! <3 .. 10 jenis-2 kawan kat atas nie. saya banyak dapat kawan yang jenis yg agak kurang baik mcm "chipsmore" , "pisau" , "duri" ,  "kayu" .. and yang macam "kaunseling" , "span" . memang susah sangat nak dapat. kalau dapat pun kawan dari alam maya. .