Blogger Backgrounds

trust Allah

bear


comel


Sabtu, 11 Ogos 2012

Jihad adalah sebahagian dari persiapan kita. :)


*klik gambar untuk kelihatan besar*


Assalamualaikum...

JIHAD ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERSIAPAN KITA.

Bila sampainya hari itu, dimana hanya peperangan saja yang menjadi cara untuk mempertahankan agama Islam kita, adakah kita anak-anak muda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kaum-kaum kafir yang memerangi Islam?

Semoga Allah menguatkan iman kita bila sampainya saat-saat itu. Wallahualam.


I know Allah He create me !

*klik gambar untuk kelihatan besar*

Assalamualaikum.

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

[Al-Ikhlaas: 1-4]

Surah yang pendek ini mencakupi 1/3 al-Quran sepertimana terdapat dalam riwayat (hadist) yang shahih.. ia bukanlah suatu keanehan.

Rasulullah saw pernah berkata kepada para sahabat:

“Adakah kalian tidak sanggup membaca 1/3 al-Quran dalam satu malam?” lalu para sahabat bertanya: Bagaimana dapat membaca al-Quran sebanyak 1/3 al-Quran (dalam satu malam)?” lantas Rasulullah berkata: “Qulhu wallahu Ahaad” menyamai 1/3 al-Quran”

[Direkod oleh Muslim]

Walaupun surah ini mempunyai empat ayat pendek, tetapi fokusnya hanya satu.. iaitu “Allah Maha Esa”

Surah al-ikhlaas menerangkan bahawa sistem kehidupan kita adalah meng-esa-kan Allah dalam apa jua keadaan. Sama ada dalam percakapan, kehendak, tulisan, pandangan, dan sebagainya.

Allah-lah yang mengatur keseluruhan hidup kita. Sama ada senang dan susah, suka dan duka, kebahagiaan dan penderitaan.

Kita dituntut oleh Allah (selaku pencipta) untuk memohon kepadaNya dalam segenap urusan supaya merealisasikan makna kalimah tauhid.

Wallahua'lam... :)
 

Mengenai Aurat !


*klik gambar untuk nampak lebih jelas*

Assalamualaikum...

Rasanya admin dah banyak hasilkan artwork berkenaan aurat. Tak apalah, tak semua peringatan-peringatan itu mampu menggerakkan hati orang-orang yang masih belum mempunyai kesedaran untuk menutup aurat. Dakwah bukan suatu jalan yang mudah. Hmm xpe, kita pelbagaikan lagi kaedah-kaedah yang diharapkan berkesan. Semoga Allah membantu kita. Admin sayang kepada perempuan-perempuan di 
luar sana. Sebab itu, admin selalu menitik beratkan bab aurat. Lukisan yang memaparkan wanita ini bukanlah bertujuan untuk mempromosikan aurat, tapi sekadar sesuatu pelajaran buat kita. Wallahualam..

Ingatlah apabila seruan Allah sudah sampai sejak 1, 400 tahun yang lalu, ia merupakan syariat yang wajib dilaksanakan oleh setiap individu, baik lelaki atau perempuan melainkan kepada yang berhak. Allah berfirman di dalam Al-Quran;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya". [Surah An-Nur (24):31]

Aurat adalah maruah bagi setiap individu terutama sekali bagi kaum wanita, dimana pada tubuh wanita itu terdapatnya fitnah. Perlu dijelaskan sedikit, fitnah bukan sekadar mengata atau mereka-reka cerita palsu untuk menjatuhkan air muka orang lain, tetapi juga ia bermaksud sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan; apa-apa keburukan pun yang boleh memudaratkan. Allah Maha Mengetahui, Dia adalah pencipta manusia, malahan sekalian alam. Dia mencipta manual yang baik untuk manusia untuk diikuti iaitu Al-Quran dan secara praktikal diutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ikutan sebagai sunnah/hadis-hadis. Setiap seruan daripada Allah itu juga mewujudkan zon keselamatan secara langsung kepada orang yang melaksanakan seruan-seruan tersebut, daripada dari segi adab dan kewajipan-kewajipan yang lain.

Di dalam ayat yang lain, Allah berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
[Surah Al-Ahzab : Ayat 59]

Berkenaan dengan wanita-wanita yang sangat degil untuk menutup aurat, selalunya, ada 6 situasi di mana kita boleh menyaksikan perempuan-perempuan Melayu 'free hair' tegar atau perempuan-perempuan Melayu 'kaki malas' bertudung tiba-tiba memakai tudung mereka:

1- Menziarah jenazah atau ke kubur.
2- Bernikah di surau atau masjid.
3- Di majlis doa selamat,solat hajat atau bacaan Yassin.
4- Masa Ramadhan atau hari raya.
5- Di pejabat di mana 99% rakan mereka bertudung.
6-Dalam filem/drama memegang watak Muslimah.
(dirujuk darip page Ensiklopedia Aurat)

Kenapa syariat atau kewajipan ini dilakukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja? Hmm belum tentu kita ini beriman jika belum sampai kepada situasi yang akan menguji diri kita. Kukuhkanlah iman kita, bukan sekadar beriman pada masa-masa tertentu dan mengabaikan masa-masa senang untuk melaksanakan kewajipan..

Allah s.w.t berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab- kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Surah : AN-NISAA' Ayat : 136

Kita bimbang kalau-kalau sebelum Aurat dan tubuh kita dibungkus dengan kain putih kita belum sempat menutup aurat. Maka, wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu hari esok, amalkan sekarang juga.

"TUTUPLAH AURAT MU SEBELUM AURAT MU DITUTUPKAN"

Alhamdulillah, seperti yang kita semua ketahui, Allah itu Maha Pengampun. Dia boleh mengampunkan manusia bila-bila masa sahaja melainkan jika kita yang tidak mahu meminta keampunan daripada Allah. Mulai saat ini, marilah kita bersama-sama menutup aurat, taati seruan itu.. Sesungguhnya kewajipan itu adalah salah satu tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Alangkah beruntungnya kita, apabila Allah memfokuskan kepada manusia untuk diperbetulkan dan ditunjukkan jalan yang lurus berbanding makhluk lain seperti kayu, batu, binatang dan sebagainya. Allah mengutuskan insan yang mulia untuk kita ikuti yakni Nabi Muhammad s.a.w. dan pegangan yang agung bagi umat Islam, yakni Al-Quran.

Wallahua'lam.... ^^

"Sampaikanlah daripadaku walau satu ayat."
(Maksud hadith)

Apakah kunci untuk mendapat ilmu ?


*klik gambar jika ingin nampak besar*

Assalamualaikum...

Apakah kunci untuk mendapatkan ilmu?

Imam Abdullah bin 'Alawi al Haddad pernah mengatakan :

"Bertanya itu adalah kunci yang dapat menyampaikan seseorang kepada makna-makna ilmu dan rahsia-rahsia ghaib yang ada di dalam dada dan hati. Sepertimana seseorang tidak akan dapat menjumpai barang-barang dan harta benda yang berharga di dalam rumah kecuali dengan menggunakan kunci yang diperbuat daripada besi dan kayu. Demikianlah pula seseorang tidak akan dapat sampai kepada ilmu dan pengetahuan yang ada pada ulama, tetapi dengan pertanyaan-pertanyaan yang ditujukan untuk mengambil manfaat yang disertai dengan kesungguhan, keinginan dan adab yang baik"

(Manhaj As Sawi, Syarh Usul at-Toriq as Saadah al Ba'lawi).

Muhammad bin Sirin dan Malik bin Anas mengatakan "Ilmu adalah agama maka lihatlah dengan siapa kamu sekalian menimba ilmu." - Ustaz Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Linggi, Majalah Q & A, 
m/s 31, Bil 01 . 

Khamis, 9 Ogos 2012

Dia tidak cantik tapi menyenangkan :)




Aku percaya kita semua bukan mencari pasangan yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya menenangkan jiwa dan menyejukkan hati kita. Betul tak?

Aku pun begitu juga. Aku tak mahu yang terlalu cantik kerana tak sepadan ngn aku. Juga tanak terlalu bijak kerana Aku jadi rendah diri pula. Yang sederhana la kot. At least, dia jujur dan tidak suka menipu. Apatah lagi menipu sesuatu yang aku sudah tahu akan kebenarannya. Juga aku tidak suka yang mempermainkan hati, yang terlebih-lebih dalam segala hal dan terlalu nak jadikan Aku milik penuh dia (perasan la haku). Tak lupa juga yang jenis suka salah menyalahkan dan mengungkit-ungkit jasa dan cerita lama. Itu semua Aku tak suka.Bagi Aku la, yang lepas tu biarlah lepas. Yang penting, aku nak berubah.

Aku dapati ramai yang kahwin setelah hatinya merasa tenang dgn pasangan dia tu. Kadang-kadang kita pun hairan, macam mana orang yang cantik suka pada orang yang sangatlah tak hensem? Malah ada pula yang normal bernikah dengan yang tidak normal fizikalnya. Itulah Aku kata, mereka bertemu ketenangan pada pasangan masing-masing. Bila tengok dia, fuh sejuknya hati, rasa tenang rasa damai. Orang lain tengok tak rasa macam tu pun. Bila dah rasa tenang, barulah fikiran dan tindakan lebih tulus, lebih cermat. Rumahtangga pun harmoni, suami isteri bahagia, anak-anak ceria. Suasana ataupun arab sebut bi`ah yang beginilah sesuai untuk mendidik keluarga dan anak-anak ke jalan yang diredhai Sang Ilahi. Tapi percaya satu benda yang Aku tak nafikan, ketenangan itu boleh dirasai dari orang yang soleh dan solehah. Aura dia lagi kuat dari tenangnya orang biasa-biasa. Huhu.

Jadi, sama-samalah kita amalkan doa seperti dalam al-Quran al-Karim syorkan:


"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. " [Al-Furqan(25):74]
 Wassalam.

by : rusydee Artz . <3 

Selasa, 7 Ogos 2012

Di Bulan Ramadhan- oleh Abang Rusdee (FB)


Dari hari pertama hingga saat ini, kita masih leka. Ramadhan atau tidak, bagai tiada beza.

Nak berubah, rasa dah terlambat. Tengok orang lain dah khatam al-Quran sekali atau hampir nak khatam. Tengok orang lain bangun malam tak tinggal. Tengok orang lain terawihnya konsisten. 

Tapi kita masih sama. Buat tapi kadang-kadang, bila rajin. Kemudian dah    tengok orang lain mendahului, rasa give up.

"Ah
 biarlah. Tunggu Ramadhan tahun depanlah aku buat betul-betul. Ramadhan tahun ni biar je lah macam ni."

Jangan begitu.

Hari yang berbaki, waktu yang masih boleh diisi kita manfaatkan betul-betul. Jika kita tak dapat buat 30 hari penuh dengan amal yang berkualiti, beramallah sungguh-sungguh untuk 20 hari. Jika tak dapat 20 hari, beramallah sungguh-sungguh untuk baki 15 hari. Jika dah terlepas 15 hari, beramallah sungguh-sungguh dengan super quality, high-quality dalam 10 hari akhir yang masih berbaki.

Jangan kerana kita dah hambarkan amalan kita dari awal Ramadhan, kita nak ranapkan amalan sampai hujung Ramadhan.

Jangan begitu ya.

Sempat lagi.

Jika pesakit kanser berjuang bermatian-matian dengan radioterapi dan kemoterapi sampai akhir nyawa. Dari ada rambut sampai botak kepala. Dari boleh berjalan sehinggalah lumpuh.

Kenapa tidak kita juga berjuang habis-habisan sampai akhir Ramadhan? Kita sebenarnya 'sakit' tetapi kita enggan menjalani sesi terapi dan rawatan rapi. Nak tunggu iman kita lumpuh atau nak tunggu iman terus mati?

Jika dah mati, al-fatihah untukmu dariku.

Syabab Musafir Kasih

Isnin, 6 Ogos 2012

Jenis-jenis Kawan.




10 Jenis Kawan..


1. kawan chipsmore - kawan macam ni sekejap ada, sekejap tak ada. ade perlu dia muncul, takde perlu dia hilang. Hairan juga dia pergi mana. Kena tangkap dengan bunian ke?

2. kawan buaya - dia ni macam buaya.. suka makan orang.. kawan makan kawan atau tikam belakang.

3. kawan perfume - time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh *time senang ada dengan kita, time susah dia hilang.

4. kawan pisau - mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih² dengan dia. tak amanah!

5. kawan chocolate - adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. depan baik, di belakang.. Tuhan sja yg tahu.. Dia pakai ilmu apa?

6. kawan kayu - dia ni mcm tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. kadang² langsung no respon.

7. kawan span - Seorang yang bersopan-santun. Suara pun ayu je, sedap telinga mendengar. tiap kata² yg keluar dri mulutnya.

8. kawan duri - dia ni jenis suka sakitkan hati kita.. so, dia ni adalah salah satu dari spesies duri di dunia.

9. kawan kaunseling - yang ni elok untuk di jadikan kawan, sentiasa ingat-mengingatkan kita tentang kebaikan.

10. kawan ibu - sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak..



p/s : btw, for me.. my MOTHER ialah sahabat dan kawan terbaik saya! <3 .. 10 jenis-2 kawan kat atas nie. saya banyak dapat kawan yang jenis yg agak kurang baik mcm "chipsmore" , "pisau" , "duri" ,  "kayu" .. and yang macam "kaunseling" , "span" . memang susah sangat nak dapat. kalau dapat pun kawan dari alam maya. . 


Doaku Pada-Mu ya Allah .




Ya Allah.... 
Seandainya telah engkau catatkan... 
Dia milikku tercipta buatku...
 Satukanlah hatinya dengan hatiku...
 Titipkanlah kebahagiaan antara kami.... 
agar kemesraan itu abadi... 

Dan ya Allah...
 ya tuhanku yang maha mengasihi...
 Seiringkanlah kami melayari hidup ini... 
Ketepian yang sejahtera dan abadi... 

Tetapi ya Allah... 
Seandainya telah engkau takdirkan.... 
dia bukan milikku... 
Bawalah ia jauh dari pandanganku....
 Luputkanlah ia dari ingatanku...
 Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... 
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... 
Berikanlah aku kekuatan... 
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
 Hilang bersama senja nan merah.. 
agarku bisa bahagia... 
Walaupun tanpa bersama dengannya... 

Dan ya Allah yang tercinta...
 Gantilah yang telah hilang.... 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... 
Walaupun tidak sama dengan dirinya... 

Ya Allah ya tuhanku...
 Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
 Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan... 
Adalah yang terbaik buat ku....
 kerana Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah...
 Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
 Di dunia dan di akhirat...
 Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... 
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
 Di dunia ini mahupun di akhirat... 
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... 
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
 Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... 
Ke jalan yang Engkau redhai... 
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.... 


Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .

Ahad, 5 Ogos 2012

kematian pasti berlaku , tidak ada terkecuali . :'(




Kematian bukanlah hal baru dan hangat yang ada di tengah-tengah kita, bahkan telah menjadi suatu hal yang biasa saja. Mungkin teman dekat kita, teman pejabat, teman sekolah telah mendahului kita kembali kepada Zat Yang Maha Pencipta, Allah Subhanahu Wata'ala. Atau bahkan kerabat karib, sepupu, saudara-mara , adik, kakak, atau orang tua kita yang kita sayangi kini telah tiada.



Sungguh sakit sekali rasanya kehilangan orang-orang terdekat kita. Menjadi hal yang wajar di tengah masyarakat saat kepergian orang yang dicintai kita menangis meraung-raung. Namun apakah kita sedar, bahwa yang meninggal itu jauh lebih sakit daripada yang ditinggal ? Sadarkah kita bahwa kita nanti akan mengalami hal demikian? Apa amal kebaikan utama yang kita persiapkan untuk menolong kita dari siksa setelah kematian?


Hadapi Kematian, Tidak boleh kata "Tidak"


 Saat berbelanja, mungkin kita membeli mana yang sesuai keperluan hidup kita. Demikian halnya ketika kita bekerja sebagai general manager berhak dan berkuasa menolak kebijakkan yang merugikan diri dan perusahaan. Berlakukah hal tersebut dalam kematian?


Tidak! Sekali lagi, tidak! Wahai saudaraku. Kematian tidak dapat ditolak seperti kehidupan permainan dunia yang dapat seenaknya kita terima dan tolak. Mahu tidak mahu, tidak boleh tidak, kematian pasti terjadi. Kita tidak dapat lari atau bersembunyi menghindari kematian. Allah telah menjelaskan dalam Surah Al Jumu'ah {62}:8



Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."


Dahsyatnya Kematian


Kematian bukanlah hal yang mudah ataupun bukan sesuatu yang selalu indah. seperti halnya pendapat dan angan-angan yang kita banyangkan dalam benak kita. Bahkan banyak ayat-ayat al quran dan hadis Rasul yang menyatakan bahwa kematian adalah sesuatu yang menyakitkan. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-An’am {6}:93


Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya.


kemudian, dalam hadis shahih, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi).


Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari).


Bekal Hadapi Kematian


Kematian yang datang dengan tiba-tiba dan tidak terduga dengan sakit yang luarbiasa tersebut tak berarti kita diam saja dan pasrah hadapi kematian dengan alakadarnya amal kita. Justru dengan kematian yang mendadak itulah, kita dituntut untuk selalu waspada, diantaranya:


1. Selalu dalam keadaan beramal dan ibadah.


Tak dapat ditawar, dengan kematian yang tidak terduga-duga kita dituntut selalu mengerjakan amal kebajikan dalam waktu 24 jam hidup kita tanpa diketahui detik keberapa kita meninggal.


2. Perbanyak ingat Allah dan siksa kematian


Ingat kematian tak jera juga membuat kita berhenti berbuat dosa. Maka, ingatlah kita dengan siksa kematian. Betapa sakit orang yang berada dalam kematian (sakaratul maut). Perbanyak diri dalam mengingat Allah. Baca selengkapnya.


3. Berdoa dan mohon ampunan dosa


Manusia tak luput dari salah. Allah telah membukan pintu tobat dan doa selebar-lebarnya dan seluas-luasnya kepada siapa yang ingin memperbaiki diri sebelum nyawa sampai di kerongkongan. Jangan lewatkan kesempatan hidup kita untuk senantiasa berdoa dan bertobat walaupun ujung rambut kita belum berubah putih (beruban).



Bab kata kakak kesayangan saya di FB : 




Siapkan diri kita hadapi kematian! Jangan tunggu besok atau lusa untuk bertaubat! Siapakah Anda menghadap Allah Swt?



Wallahu a'lam bish showab. :) 

Antara Kawan dan Dendam ??



" Ingatlah lahirnya insan disambut dengan azan, manakala perginya diiringi dengan solat. Alangkah singkatnya hidup ini, jaraknya cuma antara azan dan solat. Ya Allah bagi-bagi banyak nikmat yang telah Engkau kurniakan banyak itu jugalah yang telah kami sia-siakan...."

 Sejauh manakah sebenarnya kita boleh bawa dendam kesumat itu? Adalah baiknya kemaafan itu lebih menyenangkan hati buat semua pihak berbanding dengan membalas dendam. Setiap hari kita perlu tiupkan semangat baru dan permulaan baru sesungguhnya hari esok perlulah lebih baik dari hari ini. 

Andai esok kita pergi, siapa yang boleh tolong kita leraikan dendam kita itu? Andai kita seorang yang sukar untuk memberi maaf, cubalah kita pujuk hati kita sendiri, bisikkan ke dalam diri sendiri siapa kita sebenarnya yang ingin menggenggam dendam buat selama-lamanya. 



Sejauh mana sekali pun kita genggam kita tetap berada di bumi yang sama, andai sejauh mana sekali pun kita berlari dan melangkah hati kita juga tetap tidak tenang seaman seperti mereka yang tidak punyai dendam dan tidak juga setanding mereka yang sentiasa memberi maaf. Ambillah pendekatan yang paling senang, kita mahu Allah S.W.T ampunkan dosa-dosa dan kesalahan kita tapi mengapa tidak kita yang maafkan kesalahan orang lain terdahulu? 


" Dendam (ataupun Vengeance dalam bahasa Innggeris) merupakan suatu perasaan yang lahir daripada perasaan benci atau marah, seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Dendam juga boleh lahir daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati. Dalam agama Islam, dendam itu adalah berdosa. "

 Siapa pun dalam keadaan marah pasti akan bercelaru pemikirannya dan berbagai kata akan terkeluar. Biasalah ini adalah lumrah dan fitrah kehidupan, ada yang boleh menyenangkan kita dan ada yang akan menyakitkan diri. Kehebatan bersabar pasti sama hebat dengan kehebatan kemaafan, kerana orang yang bersabar pasti di kurniakan dengan balasan yang lebih baik dan lagilah untung jika balasan itu di kurniakan di dunia lagi, jadi kita pasti dapat melihat kesan dan hasil daripada kesabaran itu.

VS 



Ramai yang hari ini, antara kawan dan kawan bermusuh dan berdendam akibat ketidakpuasan terhadap satu sama lain. Kunci utama semua ini berlaku, hanyalah keegoan kita sendiri, masing-masing ingin menunjukkan pihak lain salah dan diri sendiri adalah betul. Tidak salah dan tidak jatuh juga air muka jika kita saling duduk berbincang dengan berhemat bukannya berbincang kemudian menaikkan rasa marah, sama-sama mencari punca dan mencari jalan penyelesaian. Itulah yang terbaik kerana


"Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.                                                                                                                                                         

BUAT VIDEO MASUK YOUTUBE.

 macho x saya? hahaha! 

Assalamualaikum .. hai-2! .. hehe.. oke, kat bawah nieh video-2 yang tiba-2 ika rajin pulak nak edit. if waktu bosan tu , inilah kerja ika.. oke tak video-2 ika nieh? kasi komen sikit.. hihik..>_<"

"budak punya blog ni baru BELAJAR , kalau salah tolong TUNJUKKAN" . ehe. <3


Tajuk lagu nieh : Hasbunallah - yoga . (org indon nyanyi. btw, BEST! hee)
haaa...lupa lak ..kalau nk dngr , jangan lupa tekan stop kat muzik yang ada dalam blog ini dulu ye .hihi
Oke, ika rasa semua orang dah tahu lagu ni kan ? hihi .. 
ni ika saja je cuba-2 ubahkan ke suara chipmunk..
then masukkan kat YouTube.. 
ingatkan takde siapa buat lagi .. 
Tengok-2!?
hihi.. dah ramai buat lorh .. bialaa kan? . ehek . 
LAYAN jela k . ehek . MEKASIHH . ! .. 
p/s : ada lagi dua video ika buat, tapi malas la nak masukkan banyak-2 . . harap awok, awok dan awok suka ! hee ~

Antara memaafkan dan meminta maaf .




Semudah bicara membicarakan perihal ini. Namun, tidak semudah perbuatan melaksanakannya. Andai diberi pilihan antara meminta maaf dan memaafkan, mana satu yang lebih mudah dilaksanakan oleh pembaca? Pasti ramai yang antaranya akan berkata, “ Rasanya, minta maaf tu lagi mudah dari memaafkan.” Tidak juga terkecuali yang akan menyokong, “ Memaafkan tu lebih mudahlah. Nak minta maaf susah! Nanti jatuhlah ego saya.” Kata-kata ini hanyalah lahir dalam jiwa kita.
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Al-Imran; ayat 133-134)
Fikirkan sejenak, di mana kehebatan kita andai dua-dua pun kita tidak sanggup melaksanakannya. Fenomena ini pasti pernah dirasai semua dan saya yakin! Insan yang diciptakan Allah ini tidak sempurna, namun ingat! Hidup ini sudah cukup sempurna kerana itulah kurniaan Allah yang terbaik buat kita. Jangan menyalahkan takdir andai kedua-duanya kita tidak rela melaksanakannya.


Meminta maaf, kunci tenang dan bahagia
Fitrah insan adalah melakukan kesalahan demi kesalahan dan dosa demi dosa. Kita tidak akan pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Terkadang, tanpa kita sedari kita telah melukai hati sahabat ataupun keluarga kita sendiri. Namun, sering sekali kita lupa untuk meminta maaf dari mereka yang kita lukai. Tidak terkecuali juga bagi kita sebagai hamba Allah yang kerap kali membuat dosa kepadaNya. Mintalah keampunan dariNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Sabda Baginda SAW,
“Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” – HR. Tirmizi & Abu Daud.
Namun bagaimana pula dengan dosa sesama manusia? Kita akan rasa gundah apabila kita telah melakukan sesuatu kesalahan pada orang lain. Terkadang apabila tidak meminta maaf, kesalahan itu boleh menghantui diri kita sendiri. Tidak  kiralah kecil ataupun besarnya kesalahan itu. Tindakan yang paling bijak adalah meminta maaf dari orang yang kita aniayai itu. Semakin lama kita memendamkan kesalahan itu, semakin sukar kita ingin mengakuinya. Adalah lebih baik, ampunan itu diminta dengan kadar yang segera.
Sikap meminta maaf adalah sangat wajar kerana kesalahan itu kita yang melakukannya. Keikhlasan hati yang terbuka untuk meminta maaf perlu disemai dalam tiap-tiap jiwa orang Muslim. Ketenangan dan kebahagiaan pasti akan menjadi milik kita kerana satu bebanan dosa telah kita keluarkan dari hati. Semoga Allah mengampunkan kekhilafan kita ini. Dan semoga saudara seIslam kita juga memaafkan kita di atas segala dosa dan kesalahan kita. Jadilah insan yang bahagia dan tenang dalam menghadapi hidup sehari-harian kita ini.


Memaafkan itu sifat mulia

“Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim.” (As-Syuraa; ayat 40)
Dalil yang jelas menunjukkan sikap memaafkan adalah sangat-sangat dianjurkan oleh Islam. Namun, masih ada segelintir kita masih belum sedar akan kepentingan memaafkan orang. Bagaimana pula bagi yang mengatakan bahawa, “Aku dah maafkan, tapi aku masih tak boleh lupakan kesalahan dia pada aku.”? Di sini kekuatan jiwa dan kebesaran hati diperlukan. Cuba kita hayati,
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (As-Syura; ayat 30)
“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (An-Nisa’; ayat 149)
Dan apa lagi yang kita mahu buktikan? Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Kita ini hanya hamba yang selayaknya memaafkan insan lain. Keegoaan itu hanyalah mainan perasaan yang menghalang banyak kebaikan dari berlaku. Sejauh mana kita mahu meletakkan keegoan itu melebihi keindahan berukhuwwah. Dugaan memaafkan kesalahan orang lain adalah antara dugaan yang besar bagi umat manusia, diciptakan untuk menguji kehebatan iman dan kesabaran kita. Melupakan kesalahan orang lain adalah satu ketenangan yang akan hadir dalam diri apabila ia diserasikan dengan kesabaran dan redha kita.
Antara memaafkan dan meminta maaf, kedua-duanya sukar namun perlu dijadikan satu rencah dalam norma kehidupan kita. Percayalah! Anda akan menjadi insan yang bahagia. Tidak akan ada lagi kebencian dan dendam dalam jiwa andai kata maaf itu betul-betul dipraktikkan.
 Hidup muafakat menjadi amalan,     
Islam dijulang penuh kesepakatan,                                                                                 
Maaf-memaafi ibadah tuntutan,                                                                               
 Bersama membina generasi harapan.
Unit Media ISMA India